Tuesday, 8 September 2015

Pengalaman ? Kelebihan ?

Assalammualaikum . hee hye semua . ceh bajet2 ramai yang follow . ntah ek kadang2 aku pelik jugak ramai yg singgah blog aku ni sampai dekat 400 lebih tapi aku plik la kan follower aku tu still segitu je. haha . korang ni memang suka jadi silent reader ke macam mane?? bhahahaha . Humm ramai silent reader ek . hehe.

Ok la. pape jela . aku ta harap pun orang follow ke tak blog aku ni sebb aku pun bukan hot macam retis and aku pun tak halang kalau korang na jadi silent reader . hehe sebab aku ni pun bukan rajin sangat update blog ni . aku update bila ada benda yang aku nak share . hiks~

Ok la hari ni aku nak share pasal pengalaman aku . Baru-baru ni aku dapat temuduga . ok biasa la aku mesti kantoi kat part lesen sebab aku tade lesen and kenderaan persendirian . yela kita bukannye orang senang nak dapat semua tu dengan sekelip mata . kita pun kena kerja untuk dapat kan lesen tapi biasala kan tak semua majikan tu faham . and lagi satu aku kantoi dekat pengalaman . entah la kan . ni pendapat aku je. kalau tak diberi peluang mana nak dapat pengalaman . siyesly la kdg2 aku da malas na layan majikan yang macam ni . sedangkan aku da ckp macam ni " tape encik bg la saya peluang untuk saya belajar " pun still ta dapat . kadang2 ase macam menyampah pun ada . kdg2 aku pelik apa la yang diorg hadap sgt dengan pengalaman .

tapi tapela maybe tu bukan tempat aku and bukan rezeki aku . siapa lah kita nak lawan apa yang Allah dah tetapkan. Usaha and teruskan berdoa . tu je yang aku mampu buat sekarang ni . Tak penat ke jadi penganggur ?? eh sapa kata tak penat . penat taw . penat telinga , penat hati , penat perasaan , kdg2 sampai tekanan perasaan pun ada . Bukannye senang jadi penganggur , macam2 kau kena hadap , contohnye apa yang org sekeliling kau akn cakap , judge , and expect . Yela orang hanya taw cakap apa yang dia rasa tentang kau . kalau la dyeowang uh sama2 ase apa yang aku rasa, mybe dyeowang takkan judge kata aku malas , tak berusaha , n tade luck . Biala apa org nak cakap . Yang penting kita taw apa yang kita lalui .

aku ni masih belajar lagi erti kehidupan and masih baru lagi nak bertatih dalam dunia pekerjaan ni . aku pun baru dua tiga kali je lalui temuduga . tu pun temuduga yang kecik2 je bkn yang besar2 . aku masih belajar and perbaiki diri aku walaupun kadang2 aku ase tertekan dengan apa yang orang judge aku . Biasala budak mentah macam aku ni mana pernah lalui temuduga yang betul2 temuduga . lagipun sebelum-sebelum ni aku just kerja bese2 je mcam kedai . aku tak pernah lagi rasa kerja yang ada temuduga. sampai kadang2 aku blur bila orang tanya aku apa kelebihan yang awak ada ? aku   sampai tak terkata . yela aku ta pernah amek taw pun apa kelebihan aku sebab aku selalu bia org judge aku , walaupun salah aku biakan je . malas nak gaduh2 . malas nak tunjuk2. sebab aku di ajar dari kecik jangan menunjuk-nunjuk , jangan bangge diri , dan yang sewaktu dengan nye . 

Hummm . masa aku g temuduga tu adalah rasa macam duduk dalam zaman perang . hakhak . yela tanya pe kelebihan aku ? takkan aku nak jawab ta tahu , aku diam jelaa sebab aku tak tahu apa kelebihan aku . lagipun takkan aku nak menipu benda yang aku tak bole buat tapi aku cakap aku bole . nanti dah kerja aku jugak yang susah . nanti da kerja aku jugak yang kena marah kalo aku tak reti . ==''  aku ni lemah semangat sikit bila kena mara. aku bukan apa . aku ta suka orang tengking2 aku or tinggi suara . aku ase nak nangis nanti . hahahaha . lagi satu aku ni jenis cepat rasa serba salah.  Haa tu la kelemahan aku . Walaupun nampak aku ni bajet2 je garang tp semua org tu ada rasa takut . tapi tak semua la aku takut . kalo orang kurang ajar dengan aku tanpa sebab , haa yg tu aku marah .

Tapi lepas lama bertapa and fikir2 balik , aku rasa aku dah tahu apa kelebihan aku , mungkin ta banyak tapi tu la yang aku dapat gali setakat ni . Yang aku dapat gali setakat ni mungkinlan kan , aku ase la aku suka tolong orang yang berada dalam kesusahan tak kisahla kalau aku ni tinggal sehelai sepinggang je. aku suka buat orang gembira and tengok orang gembira . tah aku ase benda tu spontan dari dlam diri aku . sampai kdg2 aku ase orang amek kesempatan atas kebaikan aku . ntah la aku suka sangat tolong orang walaupun orang tu aku baru kenal. bahaya ken?/ haha . tapi tu dulu . sekarang tak dah . sekarang aku reti bezakan orang yang betul2 susah and orang yang just na ambil kesempatan pada diri kita . Kadang2 aku rasa aku sesuai kerja sukarelawan tapi buat masa ni aku rasa aku ta mampu lagi . mungkin tak cukup kental lagi. tapi hati aku ni kuat kata itu yang aku nak sangat lakukan . tapi macam aku cakp aku tak mampu lagi nak buat macam tu . yela . aku kerja pun tade macam mana aku nak tolong orang  ye dok . haha . Jadi aku simpan je dulu angan2 dan impian tu . 

aku kalau boleh aku nak kerja bahagian yang aku boleh tolong  orang yang memerlukan bantuan , contohmya macam cikgu , knape cikgu ? sebab cikgu bantu didik orang jadi manusia yang berguna. Jadi customer service or call center pun tolong orang jugak . yela bila orang hadapi masalah orang akan call kita dan kita cuba bantu untuk selesaikan masalah tu . sebab tu la aku nak sangat kerja2 macam tu . 

Mungkin bila aku da ad sumber pendapatan sendiri aku nak join krja3 sukarelawan  . haha . itu lah impian aku . In Sha Allah . Korang doakan lah ye semoga apa yang aku hajati dari aku kecil kanak2 sampai dewasa ni dapat aku capai . Jujur ni memang impian aku dari aku kecik lagi . 

 Aku pun masih bertatih lagi tuk belajar erti kehidupan ni . Tengan bertatih untuk jadi kental and lebih berani . Tak kisahlah walaupun orang selalu kata aku ni penakut . Pedulikan je apa orang na kata n cakap . Yang penting kita bertatih sampai kita boleh berjalan sendiri . In Sha Allah . 

Ok la sampai sini je story k . Hope korang dapat la pengajaran dari apa yang aku ceritakan . Yang buruk tu semua dari aku , Yang baik2 tu semua dari Allah . Assalammualaikum bloggers and blog walkers . semga kita berjumpa lagi di entri yang lain . In Sha Allah .





Tuesday, 14 April 2015

Pengalaman Adalah Guru Paling Terbaik

Dulu aku rajin 'beblogger' ni  . Dulu masa zaman-zaman sekolah zaman prasejarah . haha .Tapi sekarang dah malas . Bukan malas tapi entahlah . Mungkin atas beberapa sebab yang aku sendiri jadi takut nak menulis dah . Dulu masa zaman prasejarah aku ni memang suka manulis ikut suka aku . Tapi aku just tulis benda-benda yang jadi pada diri aku . Masalah yang aku hadapi dan macam-macam lagi la . tapi setiap masalah tu aku akan habiskan cerita aku dengan apa yang aku buat dan apa yang aku rasa pada diri aku betul . Aku just bagi pendapat aku bukan nak melawan or nak buat apa-apa. Sekadar pendapat .

Aku memang minat menulis tapi masa tu aku memang tade guideline nak menulis . Jadi , aku tulis apa yang aku rasa sampai sekarang mungkin tapi sekarang mungkin aku da tahu batas-batas dan ayat yang aku mungkin boleh gunakan . Tapi tu pun kadang - kadang ada orang yang tak puas hati and over judge aku tanp tahu keadaan aku .

Selama aku membesar 22 tahun ni , macam-macam orang yang aku dah jumpa . Dari aku sekolah sampailah aku sambung pelajaran aku dekat politeknik dalam jurusan diploma kejuruteraan elektronik perhubungan . Aku jumpa macam- macam jenis orang yang sampai satu saat aku rasa menyampah sgt , rasa penat , rasa letih , rasa erghh!

Tapi jujur , pada mulanya aku memang tak faham sampi satu saat aku tanya pada diri aku sendiri kenapa aku perlu jumpa macam-macam orang yang adakalanya bagi aku , wahh dia ni ok , dia ni baik , dia ni annoying and bla .. bla .. Betul la apa kata orang tua-tua , manusia ni rambut je sama warna tapi hati lain-lain . Kawan aku pernah cakap '' Biasala, dalam dunia ni ada orang yang suka dengan apa kita buat , ada orang yang tak suka dengan apa kita buat '' .



Yup ! semua tu betul  dan aku dah alaminya . Dulu aku pernah menulis kan dan blog aku tu pun dah tade sekarang ni .Aku dah delete atas sebab-sebab tertentu . Di sini , aku nak kongsi pengalaman aku , Aku mulakan dengan judging . Humm .. nak ikutkan aku dah terbiasa dah menulis apa yang terlintas dekat otak aku ni . Sebab kalau terlintas je aku tulis walaupun sepotong ayat . Aku selalu gunakan medan- medan menulis yang private. Dan aku pun dah selalu sangat jumpa orang-orang yg suka judge apa yang aku tulis , dan katakan tanpa tahu keadaan aku . Sedangkan aku tak pernah tegur apa yang dia buat .

Aku just tulis apa yang terlintas dekat otak aku . Tape maybe next time aku akn catat pada kertas-kertas .
Kadang-kadang aku pun tak faham dengan hidup ni walaupun dah 22 tahun aku alami . Kadang-kadang aku tak faham kenapa orang suka judge kita tanpa kenal diri kita yang sebenarnya . Aku mengaku memang ramai cakap aku ni sombong sejak dari sekolah . Masa sekolah , budak laki kelas aku kata aku singa betina sebab aku ni jarang nak bercakap dengan lelaki dan muka aku ni memang serius ketat kalau aku bercakap dengan diorang . haha . Aku bukan sombonglah . Aku memang macam tu . Aku memang natural dan semulajadi macam tu bukan buat-buat.

Tapi aku takkan marah orang tanpa sebab dan aku takkan benci orang tanpa sebab . Jadi setiap apa yang aku benci dan marah semuanya bersebab . Masa dekat poli dulu aku pernah gaduh dengan sorang budak lelaki ni . Entah lah aku bukan kaki gaduh dan aku tak terlintas pun nak gaduh dengan dia sebab aku ni bukan jenis kisahkan apa orang buat . Bagi aku , aku hormat hidup semua orang . Hidup dia , biarlah dia . Tapi aku pantang kalau orang kacau hidup aku memang dari situ la tercetus pergaduhan . Sebabnya dia over judge aku . Kata aku sombong ~ Aku tak sombong la . orang yang betul-betul kenal aku je tau aku ni bukan macam tu . Then aku tak tahu kenapa aku boleh gaduh dengan satu kelas . Last-last aku tak tahan , sem akhir aku bawak diri aku keluar dari kels tu . Cukupla bape tahu aku bertahan . Walk away lebih better daripada kita terus bertahan (Ingat tu . Hee)



Tak aku tak pernah salahkan sesiapa . Kalau dia tak mampu terima cara aku . its okay . Biar aku je yang mengalah sebab aku tahu ramai lagi yang boleh jadi kawan aku . Apa yang aku belajar dari peristiwa-peristiwa  tu , jangan buat apa yang aku buat . Aku silap sebab aku marah , sebab aku tak dapat kawal perasaan aku . Maybe masa tu aku sakit hati sangat sebab tade sape yang nak minta maaf . Memang sakit hati bila orang kata kita sombong sampai satu kelas pandang aku  macam tu . Ada yang kata aku budak kampung . :) Memang aku budak kampung sebab aku lahir dekat kampung (Hospital Tanjong karang) . Aku membesar kat kampung dekat pekan (Pekan Ayer Hitam, Kampung Jawa). Segala -galanya pasal aku ada lah kampung . Aku tak pernah marah pun kalau ada orang kata aku budak kampung sebab aku sedar dekat mana aku berpijak :)

Kalau ada orang yang over judge korang , korang jangan layan . Biarlah apa yang orang nak kata pasal kita asal kita tahu dekat mana kita berpijak . Kalau nak marah sangat pun marah lah tapi sekejap je jgn lama-lama . hahaha. sebab kalau lama-lama nanti jadi dendam . Dendam tu tak elok . Kalau nak jawab or bidas balik , nak back up diri ke boleh . tapi pastikan jangan sampai gaduh- gaduh macam aku . mungkin masa tu aku nak back up diri aku tapi aku tak tahu caranya so aku hentam kromo je . Asal boleh orang kata . haha

Tak pe kita belajar dari pengalaman , dari kesilapan . Pengalaman kedua aku ialah aku ni memang pendengar yang baik dari sekolah ( poyo !) haha. Yela daripada sekolah orang dengan rela hati nak cerita masalah dia  dekat aku walaupun aku tak rapat dengan dia . Sampai la dekat poli . Keadaan yang sama . Aku ni memang senang simpati pada orang . Aku tak pernah fikir pun orang tu ada niat jahat walaupun memang dia jahat . bhahaha. (kadang2 aku ni lurus) >_<'' . Tapitu dulu . Memang lurus gila . Simpati sampai tak nampak niat jahat orang nak gunakan aku . Maklum la aku ni lurus . Pernah la banyak kali aku diperbodohkan , dipergunakn . Yela , kalau ada orang yang susah kan takkan kita nak biarkan .

Tapi bila dah nampak perangai dia yang sebenar aku jadi macam sedih . Bukan sedih sebab dia tipu aku tapi sedih sebab aku percaya dekat dia tapi rupa-rupanya dia cuma musuh dalam selimut . So , macam ni , kalau korang nak jadi baik , nak jadi pendengar yang baik , tapi korang jangan sesekali masuk campur soal hidup dia . Maybe sebab dia la aku gaduh beria dengan satu kelas sebab aku fikir aku nak tolong dia tapi lama-lama aku rasa aku yang makin teruk then last aku memang jauhkan diri dari dia . Sebab aku yang gaduh beria tapi dia boleh baik2 dengan orang yang aku gaduh tu . Macam ni la . senang cakap jangan senang percaya terutamanya orang yang dekat depan kita nampak baik tapi dekat belakang kita tak .

Kata kawan aku '' Dengar boleh , tapi percaya jangan sekali '' . Kita boleh percaya tapi kita kena siasat la dulu sebelum percaya bulat-bulat . Ok lah setakat ni sahaja yang aku dapat kongsikan and coretkan . Aku cuma berkongsi pengalaman aku . Sekadar berkongsi . :) Setiap orang ada pengalaman masing-masing .Pengalaman yang buat kita tersenyum dan menangis . Pengalaman yang mendewasakan kehidupan . Tanpa pengalaman kita takkan tahu mana yang betul dan salah . :)

Dan disini aku ingin coretkan ikhlas dari hati aku . Aku tidak pernah simpan dendam pada sesiapa pun . Memang adakalanya aku menyesal sebab aku kenal orang-orang yang macam ni tapi akhirnya aku tahu kenapa Allah jumpa kan aku dengan orang-orang yang macam ni dalam hidup aku . Supaya aku belajar sesuatu dan hargai apa yang aku ada . sebab bukan mudah kita nak jumpa kawan yang betul2 kawan dan sahabat . tak semua orang jujur dan ikhlas nak jadi kawan kita . Dan jujur aku cakap dekat sini aku dah maafkan apa yang orang buat pada aku . Aku tak pernah simpan dalam hati . Aku cuma jadikan apa yang aku lalui sebagai pengajaran supaya aku lebih berhati2 untuk memilih kawan . Tapi cukupla kawan -kawan yang aku ada sekarang sebab bagi aku susah untuk aku nak cari kawan-kawan yang betul2 kawan dan sahabat . Hidup mesti diteruskan tak kira berapa ramai yang membenci kita sebab kebencian takkan dapat mengubah apa -apa . :)


Mistakes are the best lesson and experiences are the best teacher .

Assalammualaikum
images : dari google :)


Apa yang kita hadapi harini jadikan ia sebagai pengajaran untuk hari esok :)


Friday, 23 January 2015

Street Toast (길거리 토스트)



SUMBER :  Aeri's Kitchen

Main Ingredients
4 Slices White Bread (1 Tbsp Salted Butter)
2 Eggs
⅔ Cup Cabbage
½ Cup Cucumber
⅛ Cup Carrot
1 Tbsp Cooking Oil
¼ tsp Sugar
⅛ tsp Salt
Some Ketchup
Some Mayonnaise or Mustard (optional)
Yield: 2 Sandwiches

Korean Food: Bibimbap (비빔밥)

 





SUMBER : http://whateverpapeaje.blogspot.com/2013/04/bibimbap-cuba-la-resepi-saya-ni.html

BIBIMBAP



1 ikat sayur bayam

1 cawan daging batang pinang

1 cawan lobak merah

1-2 cawan cendawan shitake

1 cawan cendawan enokitake



Minyak bijan (yang memasak punya tau, bukan yang orang India sapu kt badan .. :P)


1 biji bawang putih (ditumbuk)

1 sudu makan kicap soya

1/2 sudu makan kicap pekat

1 sudu makan bijan panggang

1-2 biji telur

Minyak untuk menggoreng

garam & gula untuk perasa

sedikit ais ketul





Di sini nak share resepi bibimbap halal. Bibimbap  ni kira macam nasi campur versi korea . kalau korang nak tengok cara- cara untuk buat boleh pergi dekat URL dekat perkataan sumber tu ye . kalau rasa was was dengan resepi youtube tu singgah je dekat link ni . ni cara yang halal http://whateverpapeaje.blogspot.com/2013/04/bibimbap-cuba-la-resepi-saya-ni.html . Lepas ni nak try buat and rasa . Gud luck ! :)
  

DIY Hijab Organizer !!

Ni nak kongsi  cara macam mana nak gantung hijab atau pun tudung-tudung akak -akak semua . Lepas ni bolehlah cuba sendiri ya di rumah . mungkin ebih teratur dan kemas.


40300810151206812408171 


18

2918624997_afd3dbe68d_b 

N89b


lenco  

scarf organizer   

ClosetCanDo  

sumber daripada : http://www.fashiondivadesign.com/15-diy-scarf-organizer-ideas/


DIY Phone Case (Gift Ideas)

   



Now you can do it by yourself . Boleh tengok dekat youtube . haha

DIY Phone Case (Gift Ideas)

   



Now you can do it by yourself . Boleh tengok dekat youtube . haha